Sunday, July 10, 2011
Tuesday, March 8, 2011
Sunday, January 30, 2011
Saturday, January 29, 2011
Nor Shahrul Idlan Talaha Tidak Beraksi Unuk Piala Sultan Haji Ahmad Shah
NOR SHAHRUL IDLAN TALAHA
Penyerang prolifik pasukan The Red Warriors dan juga kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha dikhabarkan tidak dapat diturunkan untuk Piala Sumbangsih menentang Selangor malam esok gara-gara kecederaan lutut lama berulang. Menurut kenyataan beliau di salah sebuah stesen TV, beliau benyatakan 70% hampir pasti tidak dapat diturunkan malam esok. Kecederaan yang dialami beliau itu sudah dirasai sejak Sukan Asia lagi dan kesakitan itu semakin bertambah sekarang memaksa beliau untuk direhatkan pada perlawanan malam esok bagi memastikan beliau pulih untuk perlawanan akan datang.
Namun, pengendali baru pasukan The Red Warriors, Dato' M.Karathu masih berharap penyerang sensasi itu dapat diturunkan. Menurut pengurus pasukan, Azman Ibrahim selain dari Norshahrul Idlan Talaha, khidmat pemain pertahanan, S Subramaniam dan juga penyerang S Chanthuru juga tidak dapat digunakan kerana masih lagi dalam senarai kecederaan. Keadaan ini sudah pasti memberi tamparan hebat kepada pasukan terutama kehilangan Norshahrul di posisi serangan. Kelantan hanya mempunyai pilihan untuk menurunkan Khalid Jamlus, Ramzul Zahini dan juga Nizab Ayub bagi menggantikan tempat Norshahrul Idlan Talaha.
Thursday, January 27, 2011
Cerita Hikmah : Berapa Berat Gelas Dan Kehidupan Harian
Suatu pagi, seorang guru berdiri di hadapan kelas sambil mengangkat segelas air. Dia bertanya kepada murid-muridnya; "Cuba kamu teka, berapa berat gelas ini?"
Jawab murid yang duduk di hadapan kelas: "50 gram, cikgu!"
Guru tersebut tersenyum. "Yang lain?" sooalnya.
"Saya rasa mungkin 100 gram," jawab seorang pelajar perempuan.
Bangun pula seorang pelajar lelaki di tengah-tengah kelas, "Jawapannyan mesti antara 50 hingga 500 gram.
Siapakah yang berjaya memberi jawapan yang betul? Adakah berat gelas itu 200 gram? 300 gram? 410 gram? atau 100 gram?
Jawab gurunya, "Jawapan kamu mungkin betul dan mungkin juga salah!
Sebenarnya, berat segelas air ini tidak begitu penting sebab ianya bergantung kepada berapa lama kamu memegangnya.
"Jika kamu pegang gelas ini satu minit, tak jadi masalah. Kalau satu jam, tangan kamu akan sakit. Sehari! Kamu perlu diusung ke ambulans." Ketawa murid-muridnya mendengar kata- kata guru itu.
Sambung guru tersebut; "Murid-murid sekalian... berat segelas air ini takkan berubah tapi semakin lama kamu memegangnya, ia akan menjadi semakin berat.Apa yang patut kamu lakukan ialah letakkan gelas itu ke bawah, rehat beberapa minit dan sambungnya kembali.
"Begitu juga dengan kehidupan seharian kita. Jika kita ada masalah, selesaikannya secepat mungkin. Kalau kita masih gagal menyelesaikannya, rehat sebentar. Lupakan masalah itu untuk seketika.
"Jangan terlalu memikirkannya kerana ia akan menyebabkan fikiran kita tidak tenang dan terganggu. Ketenangan amat penting sebelum kita memikirkan masalah itu kembali."
Jawab murid yang duduk di hadapan kelas: "50 gram, cikgu!"
Guru tersebut tersenyum. "Yang lain?" sooalnya.
"Saya rasa mungkin 100 gram," jawab seorang pelajar perempuan.
Bangun pula seorang pelajar lelaki di tengah-tengah kelas, "Jawapannyan mesti antara 50 hingga 500 gram.
Siapakah yang berjaya memberi jawapan yang betul? Adakah berat gelas itu 200 gram? 300 gram? 410 gram? atau 100 gram?
Jawab gurunya, "Jawapan kamu mungkin betul dan mungkin juga salah!
Sebenarnya, berat segelas air ini tidak begitu penting sebab ianya bergantung kepada berapa lama kamu memegangnya.
"Jika kamu pegang gelas ini satu minit, tak jadi masalah. Kalau satu jam, tangan kamu akan sakit. Sehari! Kamu perlu diusung ke ambulans." Ketawa murid-muridnya mendengar kata- kata guru itu.
Sambung guru tersebut; "Murid-murid sekalian... berat segelas air ini takkan berubah tapi semakin lama kamu memegangnya, ia akan menjadi semakin berat.Apa yang patut kamu lakukan ialah letakkan gelas itu ke bawah, rehat beberapa minit dan sambungnya kembali.
"Begitu juga dengan kehidupan seharian kita. Jika kita ada masalah, selesaikannya secepat mungkin. Kalau kita masih gagal menyelesaikannya, rehat sebentar. Lupakan masalah itu untuk seketika.
"Jangan terlalu memikirkannya kerana ia akan menyebabkan fikiran kita tidak tenang dan terganggu. Ketenangan amat penting sebelum kita memikirkan masalah itu kembali."
Logo Baru Liga Malaysia Telah Diperkenakan
Lambang kepala harimau mewakili lambang harimau malaya dan FAM, ia juga lambang simbolik untuk menbangkitkan semangat perjuangan di kalangan pemain.
Bulatan pada logo ialah icon kepada bola.
Warna merah, putih, dan biru di dalam bulatan merujuk kepada jalur gemilang.
Monday, January 24, 2011
Ikan Aligaotr, Ikan Dari Zaman Purba
Ikan aligator yang dewasa manpu menbesar sehingga menjangkau melebihi 3 meter panjang. Ia merupakan ikan kanibal yang memakan sesama sendiri.
Saturday, January 22, 2011
Wajah Logo Baru Liga M
Beberapa contoh reka bentuk dikatakan logo baru Liga M 2011 yang tersebar di laman sosial Facebook dan laman web kelab-kelab penyokong bola sepak tempatan sejak beberapa minggu lalu, Annuar berkata, ia merupakan antara reka bentuk cadangan.
Namun reka bentuk sebenar Liga Malaysai (Liga M) hanya akan didedahkan secara rasmi pada Rabu ini, tiga hari sebelum sepak mula Liga Super pada Sabtu depan, ulas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yang juga Pengerusi Malaysia Super League Sdn. Bhd. (MSL).
Thursday, January 20, 2011
Kemenangan Petama Pasukan Kelantan
Kelantan mencatatkan kemenangan pertama daripada tujuh perlawanan persahabatan yang diharungi setakat ini apabila menewaskan Perlis 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Utama Negeri, Kangar malam semalam.
Kejayaan menewaskan Singa Utara 2-0 di Kangar malam semalam juga menyaksikan Kelantan serentak turut dinobatkan sebagai juara edisi kedua Piala Muhibbah Datuk Seri Shahidan Kassim sejak ianya diperkenalkan pada tahun lalu. Pada edisi musim lalu, Kelantan muncul juara setelah mengalahkan Perlis 4-1 di Kota Bharu.
Dalam perlawanan malam semalam, pengendali pasukan, B Sathianathan menampilkan kesebelasan terbaik skuad Kelantan termasuk menurunkan pemain kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat sementara Perlis yang dibimbing Mosthakeen Omar mempertaruhkan hampir sebahagian muka baru membarisi skuad mereka musim ini.
Dua gol menerusi jaringan Norshahrul Idlan dan S Chanturu pada minit-minit akhir babak pertama dan kedua sudah cukup memberikan sedikit kelegaan kepada B Sathianathan setelah tewas dalam dua perlawanan persahabatan kepada Kedah 0-1 dan Pulau Pinang USM FC dengan jaringan yang sama tempoh hari.
Beraksi di hadapan hampir 150 peminat bola sepak tempatan, rangkaian penyerang Perlis diketuai bekas pemain Selangor PKNS FC musim lalu, Syed Mohd Abdul Ghafar Syed Amir dan Mohd Faiz Subri memulakan asakan merbahaya ke pintu gol Kelantan yang dikawal Khairul Fahmi namun kekentalan benteng pertahanan Kelantan menafikan hajat pasukan tuan rumah.
Pada m-40, penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan mencuri tumpuan apabila berjaya menjaringkan gol pertama pasukan Kelantan apabila bijak memanfaatkan peluang yang terhidang di depan pintu gol pasukan tuan rumah.
Pada babak kedua, Kelantan sekali lagi melancarkan serangan kali ini menerusi Mohd Nurul Azwan Roya namun gagal menambahkan koleksi gol untuk Kelantan apabila sepakannya sekadar menerjah jaring sisi pintu gol Perlis.
Pada m-64, giliran Norshahrul Idlan pula mensia-siakan peluang terhidang apabila menanduk liar hantaran cantik S Chanturu dari sebelah kanan pintu gol seterusnya menyelamatkan pintu gol tuan rumah daripada terus dibolosi.
Sebaliknya, anak-anak buah Mosthakeen Omar harus menyalahkan diri sendiri apabila ketumpulan jentera serangan dan kegagalan jentera tengah pasukan mereka merencanakan gerakan merbahaya menafikan peluang mereka untuk menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.
Minit-minit akhir perlawanan, Kelantan memperoleh gol kedua hasil jaringan S Chanturu menerusi rembatan jarak dekat membolehkan Kelantan mencipta kemenangan pertama daripada tujuh perlawanan persahabatan diharungi setakat selain membantu Kelantan mempertahankan kejuaraan Piala Muhibbah Datuk Seri Shahidan Kassim buat kali kedua berturut-turut.
Kesebelasan utama pasukan:
Kelantan: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Farisham Ismail (Wan Rohaimi Wan Ismail), Mohd Daudsu Jamaluddin, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Zairul Fitree Ishak, Mohd Nurul Azwan Roya (Mohamad Ab Aziz Ismail), Khairan Eroza Razali (Mohd Khairul Izuan Rosli), Muhd Badhri Radzi (KP) (Mohd Shakir Shaari), Mohd Daniel Fadzly Abdullah (Wan Zaman Wan Mustapha), S Chanturu dan Norshahrul Idlan Talaha (Mohd Nizad Ayub).
Wednesday, January 19, 2011
Tuesday, January 18, 2011
Blue Hole
Lubang Biru terletak tak jauh dari pantai Belize, dekat Caye Ambar. Lubang Biru bermula sebagai sebuah gua batu kapur di Ice Age. Setelah gua runtuh,hakisan gua meninggalkan keindahan pemandangan yang kita lihat sekarang. The Hole Blue mencapai hampir sempurna bulat 300m (1000ft) di seluruh dan 120m (400ft) dalam. Gua biru adalah tempat yang sempurna untuk semua penyelam kerana keindahan dan sejarah geologi.
Pemandangan blue hole dari atas.
Gambar di dalam Blue Hole
Gambaran keratan rentas Blue Hole.
Sunday, January 16, 2011
Gajah Purba Diklon Bakal Hidup Semula
TOKYO – Gajah Mammoth yang pupus sejak beribu-ribu tahun dahulu bakal dihidupkan semula dalam masa cuma empat tahun, lapor sebuah akhbar di sini semalam.
Dalam siri eksperimen mirip filem sains fiksyen The Jurrasic Park, nukleus tisu kulit dan otot Mammoth yang ditemui beku di dalam ais di Siberia akan digunakan untuk menghidupkan semula haiwan purba itu.
“Masalah teknikal dalam eksperimen ini telah diatasi, kami cuma memerlukan sampel nukleus yang baik,” kata seorang profesor di Universiti Kyoto yang terbabit dalam projek berkenaan, Akira Iritani.
Nukleus sel mammoth itu akan dimasukkan ke dalam sel telur gajah Afrika yang akan berfungsi sebagai ibu tumpang disusuli tempoh bunting selama 600 hari.
“Saya fikir kami mempunyai peluang yang cerah dengan seekor anak gajah mammoth akan dilahirkan dalam masa empat tahun lagi,” katanya. – Agensi
Saturday, January 15, 2011
Thursday, January 13, 2011
Ranking Terbaru FIFA
Kejayaan skuad Harimau Malaya muncul juara kejohanan bola sepak Piala Suzuki AFF bulan lalu membolehkan Malaysia mendaki dua anak tangga dari 144 kepada 142 dalam kedudukan ranking terbaru FIFA. Ranking FIFA itu menyaksikan Malaysia meraih 17 mata tetapi kedudukan itu masih tersasar daripada ranking 75 yang pernah dikecapi pada 1993.
Walaupun meningkat, kedudukan Malaysia sekadar lebih baik berbanding negara seperti Burundi (141), Tajikistan (143), India (144) dan Hong Kong (146). Sementara itu, di kalangan negara ASEAN countries, Malaysia kini di tangga kelima di belakang Thailand (119), Indonesia (126), Vietnam (136) dan Singapura (139) manakala dalam kelompok Asia, Malaysia di tangga ke-23 dalam senarai 46 negara.
Sumber: MalaysiaSensasi.Net
Wednesday, January 12, 2011
LAWAK CIKGU bAHASA MELAYU DAN ANAK MURID
Bahasa Melayu!
> >
> > >> > > > > Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
> > >> > > > >
> > >> > > > > Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?
> > >> > > > > Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
> > >> > > > > Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
> > >> > > > > Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang!
> > >> > > > > Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna.
> > >> > > > > Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
> > >> > > > > Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
> > >> > > > > Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari
> > >> > > > > ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan
> > >> > > > > berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua
> > >> > > > > mesti menjawab dengan
> > >> > > > > cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
> > >> > > > > Murid-murid: Faham, cikgu!
> > >> > > > > Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
> > >> > > > > Murid-murid: (senyap)
> > >> > > > > Cikgu: Pandai!
> > >> > > > > Murid-murid: Bodoh!
> > >> > > > > Cikgu: Tinggi!
> > >> > > > > Murid-murid: Rendah!
> > >> > > > > Cikgu: Jauh!
> > >> > > > > Murid-murid: Dekat!
> > >> > > > > Cikgu: Keadilan!
> > >> > > > > Murid-murid: UMNO!
> > >> > > > > Cikgu: Salah!
> > >> > > > > Murid-murid: Betul!
> > >> > > > > Cikgu: Bodoh!
> > >> > > > > Murid-murid: Pandai!
> > >> > > > > Cikgu: Bukan!
> > >> > > > > Murid-murid: Ya!
> > >> > > > > Cikgu: Oh Tuhan!
> > >> > > > > Murid-murid: Oh Hamba!
> > >> > > > > Cikgu: Dengar ini!
> > >> > > > > Murid-murid: Dengar itu!
> > >> > > > > Cikgu: Diam!
> > >> > > > > Murid-murid: Bising!
> > >> > > > > Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
> > >> > > > > Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
> > >> > > > > Cikgu: Mati aku!
> > >> > > > > Murid-murid: Hidup kami!
> > >> > > > > Cikgu: Rotan baru tau!
> > >> > > > > Murid-murid: Akar lama tak tau!
> > >> > > > > Cikgu: Malas aku ajar kamu!
> > >> > > > > Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
> > >> > > > > Cikgu: Kamu gila!
> > >> > > > > Murid-murid: Kami siuman!
> > >> > > > > Cikgu: Cukup! Cukup!
> > >> > > > > Murid-murid: Kurang! Kurang!
> > >> > > > > Cikgu: Sudah! Sudah!
> > >> > > > > Murid-murid: Belum! Belum!
> > >> > > > > Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
> > >> > > > > Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
> > >> > > > > Cikgu: Oh! Melawan!
> > >> > > > > Murid-murid: Oh! Mengalah!
> > >> > > > > Cikgu: Kurang ajar!
> > >> > > > > Murid-murid: Cukup ajar!
> > >> > > > > Cikgu: Habis aku!
> > >> > > > > Murid-murid: Kekal kami!
> > >> > > > > Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
> > >> > > > > Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
> > >> > > > > Cikgu: Sudah, bodoh!
> > >> > > > > Murid-murid: Belum, pandai!
> > >> > > > > Cikgu: Berdiri!
> > >> > > > > Murid-murid: Duduk!
> > >> > > > > Cikgu: Saya kata UMNO salah!
> > >> > > > > Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!
> > >> > > > > Cikgu: Bangang kamu ni!
> > >> > > > > Murid-murid: Cerdik kami tu!
> > >> > > > > Cikgu: Rosak!
> > >> > > > > Murid-murid: Baik!
> > >> > > > > Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
> > >> > > > > Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
> > >> > > > > Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
> > >> > > > > Sebentar kemudian, loceng pun berdering.
> > >> > > > > Murid-murid berasa lega kerana guru yang paling
> > >> > > > > ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun,
> > >> > > > > mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab
> > >> > > > > kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada.
> > >> > > > > Cikgu itu pasti akan datang lagi
KAFA Terima Tajaan RM1 Juta
KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menerima suntikan dana apabila memperoleh tajaan berjumlah RM1 juta daripada barisan penaja-penaja bersama skuad The Red Warriors bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.
Senarai barisan penaja bersama TRW bagi musim ini diumumkan dalam satu majlis memperkenalkan Pasukan TRW 2011 dan Perlancaran Jersi baru serta Kad Keahlian TRW yang diadakan di KB Mall, Kota Bharu dua hari lalu.
Mendahului senarai ialah Kumpulan Media Karangkraf menerusi akhbar Sinar Harian Kelantan yang buat kali kedua menjadi penaja bersama dengan menyumbang sebanyak RM200,000 selain menjadi akhbar rasmi dengan memberi liputan sepenuhnya kepada skuad TRW sepanjang musim ini.
Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Muhammad Nasir Hamzah berkata, penajaan buat kali kedua ini dilakukan bagi menyemarakkan lagi kegemilangan bola sepak Kelantan setelah kejayaan menjulang Piala Malaysia buat pertama kali sejak 89 tahun pada musim lalu.
Selain itu, Syarikat Yusmira Trading Sdn Bhd, salah satu syarikat yang memasarkan produk berasaskan penjagaan kesihatan terkenal di negeri ini juga buat kali kedua turut menyambung kontrak penajaan dengan menyumbang tajaan bernilai RM200,000 dalam bentuk wang tunai.
Jenama UMBRO selaku penaja utama pakaian kelengkapan sukan juga sekali lagi turut menjadi rakan kerjasama Kafa buat tahun kedua berturut-turut apabila menyumbangkan peralatan sukan tersebut untuk sepanjang tahun ini dengan nilai RM200,000. Pihak UMBRO menerusi wakilnya, S Muru turut hadir dalam majlis tersebut.
Sementara itu, sebuah lagi syarikat yang turut memasarkan produk penjagaan kesihatan terkenal iaitu Al-Jabbar Group buat pertama kali menjadi penaja bersama untuk pasukan Kelantan musim ini. Syarikat yang mengembangkan perniagaannya diluar negeri ini dan berpusat di Kajang, Selangor itu dimiliki sepenuhnya oleh anak watan negeri ini iaitu Mohd Kamaruzaman Che Hussain.
Selaku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Kamaruzaman yang hadir dalam majlis tersebut menyampaikan replika cek tajaan bernilai RM200,000 kepada Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa.
Pihak Kafa juga turut menerima kejutan tidak diduga dalam majlis itu apabila Pengerusi kelab bola sepak Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee turut mengumumkan untuk menyumbangkan sebanyak RM100,000 daripada sumbangan peribadi beliau sendiri untuk pasukan bola sepak Kelantan.
Anaknya, Nicholas Chan, 19 tahun telah mengikat kontrak beraksi bersama pasukan Kelantan musim ini.
Melengkapkan tajaan RM1 juta untuk musim ini apabila sebuah syarikat Abroad Technology Network turut mengumumkan penajaan berjumlah RM100,000 kepada pihak Kafa. Pengumuman itu disampaikan oleh sendiri oleh Pengerusinya, Nudin Awang kepada Tan Sri Annuar Musa dalam majlis tersebut.
Nudin Awang merupakan Pengurus Pasukan Piala Emas Raja-Raja Kelantan musim lalu yang berjaya membawa pulang trofi tersebut ke negeri ini buat kali ke-13 berturut-turut.
Tuesday, January 11, 2011
Ahli sejarah dedahkan siapa sebenar Mona Lisa
ROM - Seorang ahli sejarah seni Itali, Carla Glori, mendakwa dia telah membongkar siapa wanita dalam lukisan Mona Lisa, karya pelukis tersohor Leonardo da Vincci, lapor sebuah akhbar semalam.
Sejak berkurun-kurung lamanya, identiti dan senyuman Mona Lisa menarik minat pakar-pakar dengan pelbagai teori dikemukakan mengenai asal usul potret itu.
Monday, January 10, 2011
Memang No. 1
TAIWAN – Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei bertandang ke bumi Taiwan tanpa ‘sifunya’, Datuk Misbun Sidek.
Seribu satu macam persoalan dalam kepalanya ketika mengharungi Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir itu.
Demi sifunya, pemain No. 1 dunia itu tampil hebat untuk menjulang gelaran pertamanya tahun ini selepas muncul juara pada kejohanan Masters itu.
Chong Wei menang selepas menewaskan pemain Denmark, Peter Gade 21-9, 21-14 pada perlawanan akhir semalam.
Jaguh badminton negara itu mendominasi kejohanan penutup musim tersebut sejak kali pertama diperkenalkan tiga tahun lalu.
Pertemuan final semalam merupakan ulangan kepada aksi final 2008 dan Gade, 34,
Subscribe to:
Posts (Atom)